Bola Sepak Komuniti

ASFC harap penyokong Selangor FC bersabar, bagi sokongan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh Mohd Fahmi Ismail

PRESIDEN Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd Faizal Wahid menyifatkan masih terlalu awal menilai prestasi semasa Selangor FC dalam saingan Liga Super musim ini.

Mencatat satu menang dan satu kekalahan bukan perkara digemari sebahagian besar penyokong tegar Gergasi Merah, tapi katanya kempen liga masih panjang.

“Prestasi Selangor masih dalam pembentukan pasukan baru yang mantap dengan sentuhan DNA dari Jerman.

“Bertemu dengan Sri Pahang FC nampak Selangor tampak lebih bersedia dalam misi meraih kemenangan.

“Kemudian berdepan Terengganu FC di gelanggang lawan kelihatan sukar berdasarkan reputasi lawan yang akan menggalas wakil negara ke pentas Piala Asia. Pemain Selangor nampak terkesan
pada perlawanan itu,” ujarnya.

Justeru, Mohd Faizal meminta penyokong terus bersabar dan mendoakan kejayaan pasukan untuk siri pertemuan akan datang.

“Bagi saya untuk menilai prestasi terkini Selangor masih baru kerana liga masih panjang dan pasukan baru sahaja menjalani latihan bersama,” jelasnya lagi.

Malam ini Selangor melayan kunjungan Kuala Lumpur City FC pada aksi ketiga liga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: