
PELEDAK sensasi Selangor FC 2, George Attram berpuas hati penampilannya ketika membantu pasukan menewaskan Skuad Projek FAM-MSN 4-0 di Selayang, petang semalam.
Pemain asal Ghana berusia 20 tahun itu merakam hatrik untuk membantu Selangor FC 2 meraih tiga mata di Liga Premier.
“Ya, saya gembira prestasi pasukan. Kami bermain satu pasukan. Bukan hanya kesebelasan utama, semua pemain menunjukkan aksi hebat.
“Kami akan kerja keras lagi dan harap dapat meneruskan rentak pada minggu ini,” ujar pemain yang dipinjamkan dari kelab Accra Lions FC.
Berita baik, Attram kini gah muncul senarai penjaring terbanyak semasa Liga Premier dengan lima gol setakat ini.





Add Comment