Antarabangsa Bola Sepak

The Gunners bawa bekalan berharga


Reaksi Oodegard selepas buka akaun jaringan untuk Arsenal.

ARSENAL mendapatkan bekalan berharga setelah membawa pulang kemenangan penting 3-1 dari kubu Olympiakos Piraeus, dalam aksi Pusingan 16 Liga Europa di Stadion Georgios Karaiskaki, pagi tadi.

Martin Oodegard menjaringkan gol debut untuk memimpin The Gunners sebelum disamakan sepakan Youssef El-Arabi yang memanfaatkan kesilapan pemain Arsenal.

Namun, pasukan Mikel Arteta menambah dua gol lagi melalui tandukan Gabriel dan tendangan jarak jauh Mohamed Elneny, untuk memastikan The Gunners membawa modal penting menjelang pertemuan kedua-dua pasukan minggu depan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: