Bola Sepak Semasa Terkini

‘Tak perlu risau, ini baru perlawanan pertama’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh Mohd Fahmi Ismail

TIADA apa yang perlu diresahkan kem Kuching City FC kerana ia barulah perlawanan pertama Liga Premier.

Itu nada keyakinan dilontarkan penolong ketua jurulatih pasukan, Sulaiman Hussin selepas anak buahnya diikat Terengganu FC II, malam tadi.

“Pada saya, ia membanggakan. Ini aksi pertama kompetitif kami kerana sebelum ini hanyalah pada waktu latihan.

“Kami tak dapat perlawanan persahabatan yang baik seperti pasukan di semenanjung.

“Benar, ada kerisauan takut pemain tak dapat biasakan diri namun Alhamdulillah dapat diatasi,” katanya akui wujud sedikit kesilapan ketika perlawanan berlangsung.

Jelas Sulaiman, mereka sedar misi ke Kuala Terengganu sebelum permainan memang sukar tetapi majoriti pemain mempamer prestasi terbaik walaupun bukan pakej lengkap.

“Kami datang ke Terengganu agak sukar tapi berjaya bawa mata ditambah kekurangan match fitness. Satu mata di tempat lawan pada kami amat bermakna.

“Kami bangga kerana majoriti pasukan ini dibarisi anak jati Sarawak dan dalam landasan terbaik meletakkan kembali imej Sarawak pada tempat sepatutnya. Ini baru permulaan perlawanan pertama dan banyak lagi aksi akan datang,” ujarnya penuh keyakinan.

Selepas ini, Kuching City akan bermain perlawanan sukar di tempat lawan bermula menghadapi Johor Darul Ta’zim Sabtu ini, bertemu Sarawak United di Stadium Hang Jebat (16 Mac) dan PDRM FC (20 Mac).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: