Hoki Terkini

TNBMHL 2021 : Permulaan cemerlang THT, Maybank


Aksi THT dan Sabah yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. FOTO : Malaysian Hockey Confederation

 

Oleh Mohd Fahmi Ismail

MAYBANK memulakan aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 dengan penuh bergaya selepas mengalahkan cabaran TNB Thunderbolts 5-0 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pada suku pertama permainan, Maybank memperoleh gol menerusi Hafifihafiz Hanafi minit ke-6 manakala Amirrullah Zainol menyumbat jaringan tambahan minit ke-24 di suku kedua permainan sebelum Hafifihafiz dan Amirrullah sekali lagi mencetak gol ke gawang lawan untuk gol m-52 serta m-58 pada suku keempat.

Muhammad Syamim Naim Abd Hamid melengkapkan malam gemilang Maybank dua minit sebelum perlawanan ditamatkan.

Sementara itu, pada aksi yang berlangsung sebelah petang, Terengganu Hockey Team (THT) tidak berdepan masalah membelasah pasukan baharu, Sabah.

THT berkenduri jaringan dengan kemenangan meyakinkan 11-0 dengan sumbangan gol oleh Faizal Saari (3′ PS, 40′ PC, 41′ 55′ FG), Shello Silverius (6′ 29′ FG), Mohamad Akhimullah Anuar Esook (28′ 45′ FG), Muhammad Arif Syafie Ishak (34′ PC), Muhammad Sufi Ismat Md Rohulamin (51′ FG) dan Nukman Hakim Mohammad (57′ FG).

Lain-lain keputusan, Nurinsafi HT/Sports kecundang 0-3 kepada UiTM HA.

Esok, akan melibatkan saingan Piala Sumbangsih antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: