
AC Milan miliki sedikit kelebihan di Liga Europa apabila meraih keputusan seri 1-1 di Old Trafford pada perlawanan pertama Pusingan 16, sebentar tadi.
Milan di depan menerusi sepakan Franck Kessie pada awal babak pertama. Namun sayang, gol tersebut dinafikan VAR kerana dianggap handsball terlebih dulu.
Amad Diallo yang masuk pada awal babak kedua menggantikan Anthony Martial memberikan kesan positif, tandukannya memanfaatkan umpanan Bruno untuk mengubah keputusan menjadi 1-0.
Kemenangan seakan memihak Man United sebelum malang berlaku pada minit akhir pertandingan, ketika tandukan Simon Kjaer gagal dihalang Dean Henderson.
Kedua-dua pasukan akan bertemu semula aksi timbal balik di San Siro, minggu depan.
Add Comment