Pelbagai Semasa Terkini

Reezal bukan sekadar potret sukan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Reezal Merican Naina Merican

Oleh MOHD FARIQ

KATA orang.. bayang-bayang sepanjang tubuh, selimut sepanjang badan.

Demikian penulis dapat simpulkan kewibawaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sepanjang tempoh 365 hari menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Umum mengetahui bahawa posisi Menteri Belia dan Sukan antara salah satu portfolio yang sentiasa menjadi perhatian dalam masyarakat khusus peminat sukan-sukan.

Ini kerana sukan sememangnya antara salah satu sentimen yang sentiasa cukup dekat di hati rakyat dan perkembangan sukan tempatan sentiasa berada dalam perhatian.

Justeru, berkhidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan bukanlah satu tugas yang mudah disangka tetapi penulis dapat memberikan gambaran Ahli Parlimen Kepala Batas telah berjaya menepati jangkaan pihak ramai dalam tempoh setahun.

Sepanjang penulis perhatian pergerakan Reezal Merican, tokoh kepimpinan ini sentiasa bijak menilai situasi dan membuat keputusan yang memberikan pulangan positif kepada semua pihak.

Turun ke padang bagi mengetahui dan menyelami permasalahan dihadapi pengiat sukan.

MEMASTIKAN SURVIVAL INDUSTRI SUKAN DALAM TEMPOH PANDEMIK

Secara peribadi, penulis menganggap inilah kejayaan paling besar buat Reezal Merican sepanjang Menteri Belia dan Sukan.

Sejak pandemik Covid-19 menyerang negara pada Mac tahun lalu, landskap sukan negara telah berubah atau gambaran lebih tepat, aktiviti sukan tidak dibenarkan berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha untuk memutuskan rantaian wabak corona ini.

Rentetan itu survival sukan negara diibaratkan seperti telur di hujung tanduk selepas menyaksikan banyak kejohanan domestik tahun lalu antaranya Piala FA dan Piala Malaysia terpaksa dibatalkan disebabkan Covid-19.

Namun Reezal Merican memainkan peranannya sebagai orang penting dalam industri sukan mula mengatur pelan rancangan dengan mencari mekanisme terbaik bagi menghidupkan survival sukan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Hasil kerja keras itu akhirnya membuahkan hasil apabila pihak kerajaan bersetuju membenarkan program latihan berpusat bagi pasukan-pasukan dalam Malaysian Football League (MFL), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) yang beroperasi di dalam gelembung sejak 15 Februari lalu.

Selain daripada itu, sukan-sukan yang lain seperti olahraga turut dibenarkan selaras tuntutan amalan operasi standard prosedur (SOP) yang diwajibkan.

SENTIASA BERKOMUNIKASI PENGIAT DAN PENYOKONG SUKAN TEMPATAN

Kepimpinan Reezal Merican terus menjadi teladan baik apabila beliau sendiri turun padang berkomunikasi dengan pihak yang sedang bergelut dalam survival sukan negara.

Sebagai contoh, pengusaha padang komersial dan futsal berdepan kesukaran meneruskan perniagaan mereka dalam pandemik Covid-19.

Reezal Merican sekali lagi memainkan peranan penting apabila beliau sendiri mendapatkan maklumat serta mendengar permasalahan yang berlaku sebelum menjadi pengantara kepada pihak kerajaan dengan membela survival golongan industri ini dapat diteruskan.

Malah Reezal Merican juga sempat berkongsi pendapat dengan beberapa penyokong sukan seperti bola sepak di mana beliau mendedahkan sebelum ini bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berusaha keras untuk mengemukakan rayuan agar penyokong dibenarkan ke stadium kepada pihak kerajaan.

Tidak dilupakan disebabkan jasa Reezal Merican juga menyaksikan Skim Pembiayaan Sukan (Tekun Sukan) diperkenalkan sebagai inisiatif sokongan sektor sukan dan rekreasi khusus untuk membantu pengusaha atau operator fasiliti yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 dengan menyediakan pembiayaian suntikan modal pusingan atau tambahan bagi memulihkan dan memulakan semula perniagaan yang terjejas.

Inilah keunikan Reezal Merican yang penulis kenali sejak 20 tahun lalu.

Sama seperti sekarang, tiada sedikit sebarang perubahan berlaku sebaliknya penulis dapat perhatikan tokoh sukan yang sentiasa bernada lemah lembut ini semakin merendah diri jika dibandingkan dulu.

Jika diikutkan, bukan mudah mengalas tugas menteri dalam tempoh pandemik disebabkan pelbagai cabaran dan tuntutan yang diperlukan.

Belum lagi bercerita mengenai tekanan tinggi dalam pandemik Covid-19 tetapi secara peribadi penulis menganggap Reezal Merican antara salah satu menteri yang berjaya menyelesaikan banyak masalah.

Kata pepatah, tuah yang disembah, junjung yang dipanjat.

Akhir kata daripada penulis, ‘better late than never’, penulis mewakili CakapSukan ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Reezal Merican untuk ulangtahun setahun sebagai Menteri dan Sukan.

Penulis berani memberikan jaminan bahawa akan lebih banyak lagi kejayaan yang dituai di bawah Reezal Merican sepanjang kepimpinan beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Terima kasih dan jasamu dikenang Datuk Seri Reezal Merican.

** Mohd Fariq merupakan penulis veteran sukan tempatan lebih 25 tahun


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: