Bola Sepak Semasa Terkini

MUFC desak FAM gantung tugas pengadil

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain MUFC, Wan Zahrulnizam Wan Zakaria (kiri) cuba melarikan bola dari kawalan pemain lawan.

Oleh : Subkhi Sudarji

KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengantung tugas pengadil, Mohd Fairuzi Mat Desa kerana memberikan sepakan penalti yang tidak sepatutnya kepada Petaling Jaya City FC pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Saiful Mat Sapri berkata kepada CAKAPSUKAN, tindakan ini perlu dilakukan bagi memastikan mutu pengadilan lebih berkualiti pada masa akan datang.

“Kami akan menghantar surat aduan bersama video kepada FAM hari ini untuk mereka mengambil tindakan. Pengadil (Mohd Fairuzi) perlu digantung tugasnya buat sementara sebelum keputusan lebih lanjut dibuat.

“Disebabkan keputusan pengadil yang tidak profesional ia menjejaskan semangat pasukan, ia tidak seharusnya penalti,” jelasnya yang ditemui diperkarangan stadium selepas perlawanan berakhir.

Saiful juga menjelaskan tindakan yang dilakukan ini bukan sahaja buat MUFC tetapi juga lain-lain pasukan agar Liga Malaysia berjalan tanpa sebarang kontroversi yang tidak sepatutnya.

“Kami tidak mahu kejadian yang menimpa MUFC berlaku pada pasukan lain pada masa akan datang, jadi sebab itu kami mahu FAM segera mengambil tindakan agar kredebiliti pengadil Liga M tidak dipertikaikan,” jelasnya.

Pada perlawanan yang berkahir dengan keputusan seri 2-2 malam tadi, ketika kedua-dua pasukan terikat 1-1 tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran ke atas pemain gantian Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri yang mengundang bantahan dari pemain MUFC.

Mohd Fairuzi terpaksa mengambil masa selain mendapatkan pandangan pengadil garisan sebelum dia akhirnya memutuskan sepakan penalti buat PJFC yang disempurnakan Darren Lok untuk gol kedua tuan rumah.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: