Bola Sepak Semasa Terkini

Pengadil diperdayakan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Pemain Melaka United FC meraikan jaringan

ULANG tayang insiden kontroversi yang berlaku dalam aksi antara PJ City FC dan Melaka United FC menunjukkan yang keputusan dibuat pengadil, Mohd Fairuzi Mat Desa memberikan penalti kepada pasukan tuan rumah adalah silap.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh berkata situasi getir itu menyaksikan pemain PJ City FC, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dilihat bijak melakukan lakonan seperti benar-benar dibentes pemain lawan.

Subkhiddin Mohd Salleh

“Merujuk kepada insiden yang berlaku pada minit ke 80, ulangtayang jelas memberikan gambaran bahawa Biru-8 menjatuhkan dirinya sendiri untuk memperdayakan pengadil sebaik melihat (pemain) Hijau-12 juga pada masa yang sama cuba menyepak bola yang sudah terkeluar dari kawalan Biru-8.

“Pemain pada saat ‘crucial’ seperti ini bijak membuat lakonan seolah-olah beliau telah di ‘tackle’ oleh pemain lawan dan berterusan melakonkan aksi kecederaannya untuk memberikan impak berterusan kepada semua pihak dan pengadil khususnya,” katanya kepada CAKAPSUKAN.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2 namun insiden berkenaan hangat diperkatakan oleh peminat khususnya dalam media sosial dan sudah pasti kredibili pengadil bertugas akan dikecam.

Keputusan berakhir kedua-dua pasukan terikat 2-2

Bagaimanapun, Subkhiddin berkata semua itu adalah asam garam yang terpaksa dilalui seseorang pengadil.

Saya tertarik dengan AR2 (pembantu pengadil 2), beliau kekal berdiri di garisan tepi dan tidak bergerak mengambil tempat untuk menguruskan sepakan penalti seperti kebiasaannya.

“Bermaksud AR2 mempunyai pandangan yang berbeza dan sedang berusaha membantu pengadil untuk melambatkan permulaan semula permainan (sepakan penalti) bagi membolehkan pengadil memikirkan semula keputusan awal yang diberikan.

“Sekalipun begitu sebagai pengadil, mereka perlu berhadapan dan memberikan keputusan yang tepat, adil dan jelas apabila pemain mengambil keputusan untuk melakukan simulasi kerana itu adalah pilihan mereka,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: