Bola Sepak Semasa Terkini

Tetap positif walaupun seri

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Mohd Fahmi Ismail

WALAUPUN tidak berjaya meraih kemenangan, pengendali Terengganu FC II tetap menghamburkan pujian buat anak didiknya.

Kekal mendahului menerusi gol Amirul Syazwan Nor Azmi minit ke-20, benteng tuan rumah terpaksa melepaskan jaringan hasil gerakan set-piece untuk perlawanan berakhir seri 1-1.

“Pemain tunjuk semangat juang yang tinggi. Cuma kita leka bola set-piece dengan mudah.

“Saya rancang sesuatu untuk perlawanan tadi kerana tahu Kuching City FC miliki kelebihan fizikal. Pemain kami pula berbadan kecil dan bermain dengan dua import berbanding lawan.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati semangat melawan dan berjuang dipamerkan para pemain walaupun kita mencatat keputusan seri,” katanya Badrul Afzan Razali selepas perlawanan.

Menyentuh aksi berdepan Negeri Sembilan FC di gelanggang lawan Sabtu ini, Badrul akan mengekalkan tonggak import yang sama.

“Kita pergi sana berhati-hati dan ada taktikal. Kita tahu Negeri Sembilan satu pasukan yang tidak kurang hebatnya, ditambah ada empat import.

“Paling penting, kita ikut taktikal.. Insya Allah main dengan tersusun,” ujarnya lagi


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: