Bola Sepak Semasa Terkini

Sikap berhati-hati undang padah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain Sabah FC terlalu berhati-hati hingga hadkan kemampuan sebenar

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

SIKAP terlalu berhati-hati pemain Sabah FC dinilai sebagai antara sebab kepada kekalahan di tangan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, semalam.

Bagaimanapun pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata pemain lawan tampil lebih matang untuk memanfaatkan situasi yang sedang dihadapi anak buahnya.

“Sepatutnya ya (mengelak daripada bolos). Memang dalam latihan kami sudah siap sedia untuk menahan jentera serangan Kedah kerana kami sudah tahu mereka memiliki penyerang yang baik.

“Sebab itu kami gunakan lima pertahanan tetapi di awal permainan, kami terlalu berhati-hati hingga kemampuan sebenar tidak dapat dikeluarkan,” katanya ketika sidang media selepas tamat perlawanan semalam.

Pada perlawanan semalam, dua gol tuan rumah dijaringkan Tchetche Kipre pada minit ke-15 diikuti jaringan kedua oleh Sherman, minit ke-21.

Dalam masa sama, Kurniawan gembira melihat kematangan pemainnya yang kekal positif walaupun ketinggalan dua gol.

Pemain Sabah FC bangkit dengan semangat melawan untuk cuba beri tentangan

“Hal positif yang saya suka adalah apabila melihat pemain kembali yakin walaupun gagal menjaringkan gol.

“Saya puji pemain tempatan dan mereka cukup luar biasa. Walaupun kalah, ada perkara positif yang saya dapat lihat,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: