Bola Sepak Semasa Terkini

Ini Darul Aman lah!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kpah Sherman meledak gol kedua KDA FC

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

‘THIS is Darul Aman!

Itu peringatan ringkas dilaungkan penyerang import Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kepada pesaing lain yang bakal berkunjung ke Satdium Darul Aman.

Walaupun kecewa pada aksi sumbangsih selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat lalu, kemenangan 2-0 ke atas Sabah FC semalam membuktikan yang venue itu jadi tempat istimewa buat seluruh pasukan KDA FC.

Dan ketika ini, baki 30 mata yang boleh diraih di gelanggang itu wajib direbut bagi memastikan pasukan kekal relevan dalam persaingan sambil cuba mencuri mata di gelanggang lawan.

“Paling penting tiga mata dalam aksi pertama di gelanggang sendiri. ‘This is Darul Aman’, ini rumah kami, kami perlu hormatinya dan kami perlu dapatkan tiga mata dalam setiap perlawanan di sini.

“Kami sudah memulakannya dan ada 10 lagi perlawanan di sini.

Gandingan Sherman dan Kipre bantu kemenangan KDA FC

“Seluruh pasukan sudah ambil keputusan yang ini adalah Darul Aman dan kami kena berjuang untuk dapatkan tiga mata dalam setiap perlawanan,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Pada perlawanan semalam, dua gol tuan rumah dijaringkan Tchetche Kipre pada minit ke-15 diikuti jaringan kedua oleh Sherman, minit ke-21.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: