Bola Sepak Komuniti

MAHSA mahu lahir pemain berpendidikan


Pelatih di MAHSA akan diseimbangkan akademik dan bola sepak.

Oleh Mohd Fahmi Ismail

KEMUNCULAN UiTM FC sebagai kuasa Institut Pengajian Tinggi (IPT) mendorong minat institusi lain untuk bersama-sama membangunkan industri bola sepak negara.

Universiti MAHSA antaranya, ingin menjalin usahasama dalam menjayakan projek pembangunan bola sepak di universiti mereka dan menyediakan platform bagi pelatih lepasan Akademi Bola Sepak Negara (AMD) dan NFDP.

Selain bermain bola sepak, para pelatih di MAHSA akan meneruskan pembelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah.

Menurut kenyataan dari MAHSA, pihaknya memiliki pelan jangka panjang membangunkan bakat muda seterusnya mempunyai sebuah pasukan bola sepak bersaing di liga profesional Malaysia.

Cakap Sukan difahamkan, mereka juga miliki MAHSA Football Academy (MFA) di MAHSA International School (MISKL).

Beberapa perancangan awal siap dirangka seperti menyertai pertandingan peringkat Liga IPT, Liga Domestik M4 dan Liga M3 anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malahan, institusi itu pernah berkolaborasi bersama Borussia Dortmund Football Academy (BVBA) dengan menganjurkan klinik bola sepak untuk melatih pemain dan jurulatih.

 


Add Comment

Click here to post a comment