Bola Sepak Semasa

Berita sedih buat Selangor FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Halim ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sebelum berlepas ke Subang.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PEMAIN tengah Selangor FC, Halim Saari bakal disisihkan dalam tempoh yang agak lama ekoran kecederaan lutut kanan yang dialaminya pada aksi menentang Terengganu FC malam tadi.

Halim yang diturunkan selaku kesebelasan utama hanya beraksi enam minit sebelum terjatuh ketika dalam usaha mengekang kemaraan pemain TFC .

Pengadil perlawanan terpaksa memberhentikan aksi kira-kira lima minit untuk Halim mendapatkan rawatan sebelum dia akhirnya diusung keluar dan digantikan dengan Aliff Haiqal Lokman Hakim.

Jelas Halim kepada CakapSukan, dia akan menjalani pemeriksaan MRI di hospital swasta di Selangor sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Subang, hari ini.

“Selepas cedera saya mendapatkan rawatan namun rawatan rapi akan diadakan di Selangor .

“Memang agak kecewa dengan kecederaan ini kerana impian saya membantu Selangor FC memberikan saingan dalam Liga M musim ini pastinya terhalang ekoran kecederaan ini.

“Apa pun saya masih menaruh harapan untuk kembali pulih dan cergas sepenuhnya untuk bersama rakan-rakan dalam pasukan,” ujarnya ditemui CakapSukan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sebelum berlepas ke Subang.

Izahar (kiri) melihat kecederaan dialami Halim dan pada masa sama memberikan kata-kata semangat.

Pada masa sama Halim berkongsi perasaan dan situasi semasanya kepada Ketua Pegawai Eksekutif CakapSukan.com, Izahar Atan yang turut memberikan kata-kata semangat buatnya untuk kembali pulih dan beraksi seperti biasa.

Halim yang merupakan tonggak Harimau Malaya memaklumkan ini adalah kecederaan kedua yang dialaminya selepas kali pertama pada 2017 sejak bergelar pemain profesional.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: