Bola Sepak Semasa

Casagrande memang bahaya, tapi kami tahu apa perlu dilakukan..

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Safawi Rasid (kiri) cuba melarikan bola dari kawalan pemain Penang FC, Khairul Azrin.

Oleh Mohd Fahmi Ismail

PERCATURAN taktikal pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora ketika melayan kunjungan Penang FC berjaya sekalipun tiada jaringan terhasil pada babak pertama.

Bagaimanapun, tanpa berselindung, Mora memberitahu matlamat utama pasukannya adalah mengutip tiga mata di halaman sendiri.

“Tidak mudah berdepan Penang FC yang melakukan tekanan serta bermain dalam intensiti tinggi.

“Kami ada peluang dan menjaringkan gol. Sudah tentu kemenangan ini adalah bahagian terbaik JDT malam ini (semalam),” ujarnya selepas perlawanan.

Mora menilai pemain import pelawat Casagrande cukup berbahaya yang acap kali menghadirkan masalah buat para pemainnya.

“Pemain nombor 9 (Casagrande) memang bahaya, tapi kami tahu apa perlu dilakukan. Kami tukar pemain dan berjaya mendapat jaringan gol,” katanya yang memasukkan Adam Nor Azlin dan Safiq Rahim.

 

 

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: