Bola Sepak

Kemenangan penting Kuala Lumpur City FC


Da Sylva (jersi merah) muncul wira Kuala Lumpur City FC

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

KUALA Lumpur City FC kembali ke landasan sebenar apabila meraih kemenangan berharga menewaskan UiTM FC 1-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kemenangan jelas hadir tepat pada masa ketika skuad Bojan Hodak turun memburu ‘tonik’ terbaik selepas tewas dengan keputusan sama kepada Penang FC pada perlawanan pertama.

Kuala Lumpur City FC jelas memulakan aksi dengan penuh bernafsu untuk memburu tiga mata apabila mendahului permainan seawal minit ke-13 menerusi Dominique Da Sylva.

Walaupun beberapa peluang dicipta selepas itu, tiada tambahan jaringan dihasilkan.

UiTM FC dilihat memulakan babak kedua dengan aksi lebih agresif tetapi gerakan diatur seakan tidak menghadirkan bahaya buat tuan rumah.

Walaupun ada beberapa percubaan bahaya dicipta kedua-dua pasukan, tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: