Antarabangsa Bola Sepak

Maaf Liverpool, Gerrard belum bersedia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Gerrard belum fikir untuk kendalikan Liverpool dalam masa terdekat.

STEVEN Gerrard berjaya mencipta nama di Rangers dan kini digosipkan bakal melatih Liverpool.

Tapi legenda The Reds itu mahu Juergen Klopp kekal lebih lama di Anfield.

Gerrard baru saja meraih kejayaan utamanya dalam dunia kejurulatihan. Bekas kapten Liverpool itu membawa Rangers muncul Liga Scotland 2020/2021.

Pencapaian ini cukup istimewa, mengingatkan Rangers kali terakhir menjuarainya pada 2010. Gelaran tersebut juga menjadi yang ke-55 buat kelabb asal Glasgow itu sepanjang sejarah.

Berbanding Liverpool yang mencatatkan sejarah rekod terburuk sepanjang masa, mengalami enam kekalahan secara berturut-turut di Anfield dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

“Kami (Liverpool) punyai pengurus terbaik di dunia. Saya menyukainya dan berharap dia bertahan lebih lama.

“Saya ada memori yang luar biasa indah bersama Liverpool. Adakah saya bermimpi untuk melatih Liverpool?

“Tentu, tapi saya belum cukup bagus dan masih banyak pengurus lain di dunia,” ujar Gerrard kepada ITV Scotland.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: