Bola Sepak Semasa

KDA FC sedia turunkan Renan Alves?


Renan Alves dijangka akan diturunkan dalam aksi menentang Sabah

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

PERTAHANAN tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Renan Alves berkemungkinan akan diturunkan untuk aksi kedua Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Darul Aman, malam ini.

Jika benar pemain kelahiran Brazil itu kembali sudah cergas sepenuhnya untuk diturunkan, ia bakal meletakkan pasukan itu di situasi tepat untuk memburu kemenangan sulung musim ini selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pembukaan, Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat lalu.

Paling utama, kemenangan ke atas Sabah dilihat cukup penting untuk memastikan pemain berada di ‘mood’ positif sekali gus meletakkan pasukan di landasan tepat sebelum aksi Piala AFC yang dijangka bermula Jun ini.

Bagaimanapun, pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak berkata beliau bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan dan namun tetap menaruh keyakinan dengan barisan pemainnya.

“Sudah pasti saya percayakan pemain saya. Mereka adalah pahlawan dan kami mahu pamerkan peningkatan.

“Saya rasa Renan akan kembali dan berharap dengan kehadirannya kami akan jadi lebih kuat lagi,” kata pengendali dari Singapura itu.

Secara atas kertas, kelebihan memihak kepada skuad Helang Merah apabila memenangi tujuh daripada sembilan pertemuan terakhir namun Aidil sudah siap dibuai mimpi.

“Kami kena pamerkan peningkatan satu demi satu perlawanan. Kami juga perlukan kombinasi terbaik memandangkan pra musim tidak begitu lancar.

“Malah saya juga sudah kenalpasti kesilapan yang ada dalam pasukan dan berharap dapat tampil lebih baik selepas ini,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: