Lain-Lain Semasa Terkini

HAMIDIN CDM PERTAMA DARI FAM


DATUK HAMIDIN MOHD AMIN

Oleh MOHD FARIQ

SEJARAH baharu tercipta buat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas diumumkan menjadi Chef de Mission (CDM) pasukan Malaysia ke Sukan SEA 2021 Vietnam.

Masakan tidak Hamidin muncul sebagai presiden pertama dalam sejarah FAM yang dilantik menjadi CDM.

Jangan diajar itik berenang. Itulah kesimpulan ringkas penulis sebaik penulis mendapat maklumat ini seminggu sebelum perlantikan Hamidin sebagai CDM pasukan Malaysia ke Sukan SEA 2021.

Umum mengetahui bahawa bola sepak adalah latar belakang paling asas buat anak jati Gombak, Selangor ini tetapi penulis mengetahui bahawa Hamidin juga menyintai sukan-sukan lain.

Kaya pengalaman dan sikap diplomatik antara karakter kuat dalam sosok Presiden FAM ini dipilih menjadi CDM di mana penulis optimis beliau mampu memberikan sentuhan kepada kontinjen negara sebagaimana Hamidin lakukan bersama bola sepak negara.

Sebaik pengumuman rasmi dibuat, penulis tanpa mengambil masa lama terus menghubungi Hamidin bagi mengucapkan tahniah secara peribadi.

Dengan nada tenang, Hamidin berkata: “Insyaallah, saya akan mengalas tanggungjawab ini seperti yang mana yang diamanahkan kepada saya.

“Sama seperti harapan semua pihak, saya hendak buat yang terbaik kepada semua (sukan dalam negara).

“Ini kerana saya adalah seorang peminat sukan bukan sahaja kepada bola sepak. Benar, jiwa saya adalah bola sepak tetapi saya juga mengikuti rapat terhadap perkembangan sukan-sukan lain,” katanya kepada CAKAPSUKAN.

Dengan pelantikan ini, secara rasminya Hamidin mencipta sejarah sebagai Presiden FAM pertama yang dipilih sebagai CDM sejak penyertaan Malaysia sebagai Persekutuan Tanah Melayu di Sukan SEAP bermula 1959 di Bangkok.

Sebanyak 40 jenis sukan bakal dipertandingkan pada Sukan SEA 2021 yang dijadual dari 21 November hingga 2 Disember ini.

Kontinjen bakal disertai barisan kombinasi atlet senior dan pelapis sebagai medan menimba pengalaman.

“Pelantikan ini bukan sahaja penghargaan besar buat saya tetapi juga satu penghormatan buat FAM dan industri bola sepak secara umumnya.

“Terima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang diketuai Presidennya Tan Sri Norza Zakaria bersama ahli majlisnya yang dalam mesyuarat hari ini sebulat suara memilih saya sebagai CDM. Pelantikan ini sememangnya tugas yang berat tetapi amanah yang perlu saya galas sebaik mungkin.

“Dengan sokongan MOM dan Majlis Sukan Negara (MSN) serta anggota urus setia, saya yakin kita dapat beri sokongan yang kuat buat setiap ahli kontinjen negara untuk berdepan Sukan SEA,” Hamidin.

SENARAI KETUA KONTINJEN SUKAN SEAP/SUKAN SEA SEJAK 1959

BANGKOK 1959 THONG POH NYEN (RENANG)

RANGOON 1961 V. RAJARATNAM (TENIS)

KUALA LUMPUR 1965 TAN SRI DR AZIZ DURAIRATNAM (HOKI)

BANGKOK 1967 TAN SRI DR AZIZ DURAIRATNAM (HOKI)

RANGOON 1969 DATO’ LING BENG SIEW (BOLA TAMPAR)

KUALA LUMPUR 1971 DATO’ YEOP MAHIDIN MOHAMMED SHARIF (HOKI)

SINGAPORE 1973 TAN SRI JAMIL RAIS (TENIS)

BANGKOK 1975 TAN SRI AHMAD SABKI JAHIDIN (OLAHRAGA/KETUA SETIAUSAHA KBS)

KUALA LUMPUR 1977 TAN SRI MOHAMED RAHMAT (TINJU/NAIB PRESIDEN MOM)

JAKARTA 1979 TAN SRI MOHAMED RAHMAT (TINJU/NAIB PRESIDEN MOM)

MANILA 1981 TAN SRI MOHAMED RAHMAT (TINJU/NAIB PRESIDEN MOM)

SINGAPURA 1983 DATO’ NOH ABDULLAH (KETUA PENGARAH MSN)

BANGKOK 1985 DATO’ ZAMAN KHAN (RAGBI)

JAKARTA 1987 TAN SRI ELYAS OMAR (BADMINTON)

KUALA LUMPUR 1989 DATO’ KAMALUL ARIFFIN ABDUL RAHIM (KP MSN)

MANILA 1991 DATO’ DR P.S. NATHAN (BOWLING)

SINGAPURA 1993 DATUK KHALID YUNUS (OLAHRAGA)

CHIANGMAI 1995 TAN SRI KHIR JOHARI (TIMBALAN PRESIDEN MOM/SEPAK TAKRAW)

JAKARTA 1997 TAN SRI MEGAT JUNID MEGAT AYOB (KARATE)

BRUNEI 1999 DATO’ SIEH KOK CHI (MOM)

KUALA LUMPUR 2001 DATUK WIRA MAZLAN AHMAD (KP MSN)

HANOI 2003 DATO’ HO KOH CHYE (HOKI)/NORMINSHAH SABIRIN (BOLA JARING)

MANILA 2005 DATO’ LOW BENG CHOO (SOFBOL)

KORAT 2007 DATUK ZAINAL ABIDIN AHMAD (OLAHRAGA)

VIENTIANE 2009 DATO’ DR RAMLAN ABDUL AZIZ (KP MSN)

JAKARTA/PALEMBANG 2011 DATUK NAIM MOHAMAD (BERBASIKAL)/SYED MUSTAFFA SYED ALI (SKUASY)

NAY PI TAW (MYANMAR) 2013 DATUK AMIRUDDIN EMBI (RAGBI)

SINGAPURA 2015 TAN SRI NORZA ZAKARIA (BADMINTON)

KUALA LUMPUR 2017 MARINA CHIN (OLAHRAGA)

MANILA 2019 DATUK MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN (SILAT)

VIETNAM 2021 DATUK HAMIDIN MOHD AMIN

#FAM #HarimauMalaya


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: