Bola Sepak Semasa Terkini

CakapSukan lakukan kunjungan ke pejabat TFC


Izahar (kanan) menyerahkan topi CakapSukan kepada Ab Rasid pada kunjungan ke pejabat TFC sebentar tadi.

CakapSukan terus membina kerjasama dua hala apabila mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Terengganu FC, sebentar tadi.

Kehadiran team CakapSukan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Izahar Atan disambut mesra Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh.

Turut sama Wartawan CakapSukan, Subkhi Sudarji dan Jurufoto, Mohd Izari Rosli.

Kunjungan CakapSukan ke Terengganu hari ini juga bagi membuat liputan perlawanan Liga Super diantara TFC menentang Selangor FC yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.

Izahar berkata, menjadi hasrat kami untuk membina hubungan dengan semua

pengurusan kelab – kelab bola sepak dan persatuan sukan di Malaysia.

“Terima kasih Terengganu FC yang sudi menerima kunjungan , TFC adalah kelab pertama yang kami kunjungi.

“Harapan kami kerjasama  ini memberikan manfaat bagi memastikan dan merancakkan dunia bola sepak tempatan,” jelasnya.

Pada masa sama team CakapSukan juga dibawa melawat dan diberikan penerangan berkaitan stadium.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: