Bola Sepak Semasa

Amri mengamuk di Darul Aman?

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pengalaman Amri jadi taruhan Sabah FC

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

AMRI Yahyah bakal menambah duka Kedah Darul Aman FC (KDA FC)?

Kelibat pemain berpengalaman itu menjadi taruhan Sabah FC untuk mengetuai pasukan berdepan KDA FC di Stadium Darul Aman, malam ini.

Walaupun sudah menjangkau usia 40 tahun, pemain itu sudah membuktikan yang dirinya mampu hadir dengan magis dalam situasi terdesak.

Tidak hairanlah pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto masih menaruh harapan kepada Amri untuk menjelmakan sesuatu buat pasukan.

“Mungkin ramai orang berbicara mengenai Amri yang bermain pada usia 40 tahun tetapi bagi kami dia seorang yang profesional sejati.

Amri mampu jadi contoh kepada pemain muda

“Dia boleh mengubah perlawanan ketika berada dalam padang, boleh jadi pemimpin dan beri pengaruh positif kepada pemain lebih muda,” katanya.

Jika tekanan yang menjadi ukuran, ia sudah pasti lebih kepada tuan rumah dan situasi ini harus dimanfaatkan sebalik mungkin oleh Kurniawan.

“Semua pasukan pasti mahu menang dan saya akui yang Kedah bukan pasukan yang mudah untuk kami hadapi.

“Tetapi saya sudah kenalpasti dan analisa cara Kedah bermain. Untuk itu, saya harus rangka taktikal terbaik untuk perlawanan ini,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: