
PENGENDALI Terengganu FC, Nafuzi Zain menganggap bukan sahaja Oliver Buff dan Shahrel Fikri yang perlu diberikan tetapi kualiti pemain-pemain lain seperti Ifedayo Omosuyi dan Wan Zack Haikal Wan Nor juga tidak boleh dipandang mudah.
Jelasnya, misi utama kami di sini tetap untuk mengutip tiga mata penuh berdepan Selangor FC selepas kita bermula dengan cukup baik sewaktu menentang UiTM FC.
“Kalau nak ikutkan, bukan Oliver dan Shahrel sahaja, tetapi pemain-pemain mereka kebanyakannya memang berkualiti dan cukup berbahaya di atas padang, jadi kami kena bersedia dengan segala strategi.
“Sekarang, ada pemain yang masih cedera seperti Petrus Shitembi dan saya akan buat beberapa perubahan yang sepatutnya untuk bertemu Selangor untuk kita tetap fokus misi tiga mata,” jelasnya.
Pada aksi pertama Selangor FC, Sabtu lalu dua jaringan oleh pemain import baharu Selangor FC, Oliver Buff dan satu gol daripada Shahrel Fikri dalam penampilan pertama mereka berdepan Sri Pahang FC mencuri perhatian penyokong The Red Giants sekaligus meletakkan skuad ini antara pasukan yang mampu mencipta impak besar dalam aksi seterusnya nanti.
Namun aksi kedua malam ini yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pastinya menarik dengan pelawat selaku peneraju liga mengumpul tiga mata sama seperti Terengganu FC dikedudukan ketiga namun perbezaan jaringan meletakkan Selangor FC ditangga teratas.
Add Comment