Lain-Lain Semasa Terkini

AKMAL DARI KLASIKO ESPORTS MUNCUL JUARA ASIA


 

Ahmad menewaskan Tsakt- dengan bergaya menerusi aggregat skor 6-2.

AHMAD Akmal, jejaka yang berumur 19 tahun dari pasukan Klasiko Esports telah berjaya menjadi Juara FIFA 21 Global Series untuk zon East Asia selepas menewaskan Tsakt- dari Jepun dan membawa pulang 5,000 US dollar.

Pertandingan yang dimainkan secara Double Elimination ini boleh di bahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian yang dimain off-stream dan bahagian yang disiarkan oleh EASPORTS ke serata dunia.

Bahagian pertama pertandingan ini dimainkan pada 20-21 Februari 2021 dan ditandingi oleh 100 pemain FUT Verified* di Asia.

8 pemain terbaik dari bahagian pertama akan meneruskan perjalanan mereka ke bahagian yang kedua iaitu ‘EA Sports Live Broadcast Event’ yang di tayangkan secara langsung di atas talian pada 6 dan 7 Mac 2021.

*FUT Verified merupakan status yang diberikan oleh EA Sports kepada pemain-pemain yang berjaya mendapatkan 27 kemenangan daripada 30 perlawanan di ‘Weekend League’.

Akmal memasuki pertandingan ini dengan pasukan yang agak lemah berbanding dengan pemain-pemain lain. Oleh kerana pasukan yang digunakan oleh beliau, beliau sering dilabelkan sebagai underdog untuk pertandingan ini.

Pada bahagian pertama FIFA Global Series: East Asia Qualifiers ini, Akmal berjaya mengalahkan pemain-pemain dari Indonesia, Singapura dan Malaysia untuk meloloskan diri menjadi antara 8 pemain terbaik di Asia dan sekaligus melayakkan dirinya ke broadcast event bagi FIFA Global Series: East Asia Qualifiers 2. Purata gol yang dijaringkan oleh Akmal pada setiap pusingan berada pada 7 gol setiap pusingan.

Akmal, yang mengadaptasikan cara permainan serupa dengan Marcelo Bielsa di Leeds United, mempamerkan permainan yang aggresif dan sentiasa menyerang sepanjang pertandingan ini.

Beliau ditewaskan oleh Serry7 yang berasal dari Korea Selatan dengan jaringan 6 berbalas 5 pada peringkat separuh akhir ‘Winner’s Bracket’ yang menyebabkan beliau jatuh ke suku akhir loser’s bracket.

Di peringkat suku akhir loser’s bracket, beliau mengalahkan Ega, (RRQ EGGSY) dari Indonesia, yang merupakan antara pemain yang paling berbakat di Asia

Pesta 15 gol yang berakhir 8-7 berpihak kepada Akmal melayakkan beliau kepusingan seterusnya menentang Pugu Mantang, (RAJAPUGU) yang juga dari Indonesia.

Akmal sekali lagi mempamerkan corak permainan yang sukar dibendung oleh pihak lawannya, dan mengalahkan Pugu dengan agregat skor 7-3.

Pada peringkat akhir loser’s bracket, beliau sekali lagi menempuh Serry7 dari Korea Selatan. Permainan kali ini tidak lah sama sengit dengan perlawanan mereka pada peringkat separuh akhir winner’s bracket.

Akmal kali ini menewaskan pihak lawan beliau 10-0 dan maju ke peringkat akhir menemui Tsakt- dari Jepun.
Tsakt- yang masih mempunyai status ‘Unbeaten’ di sepanjang pertandingan ini merupakan pemain yang paling berpengalaman dan paling berkaliber di Asia.

Akmal perlu mengalahkan Tsakt- dua kali, untuk muncul sebagai juara Asia. Akmal menewaskan Tsakt- kali pertama menerusi penentuan penalti.

Beliau kemudian menewaskan Tsakt- sekali lagi dengan bergaya menerusi aggregat skor 6-2 dan menjadikan beliau, pemain tanah air pertama untuk menjuarai event yang dianjurkan oleh EA Sports.

Kejayaan Akmal ini dengan hanya menggunakan pasukan yang berbajet rendah benar-benar mengejutkan 12,000 penonton di Twitch & Youtube yang mengikuti perjalanan pertandingan ini dari mula. Satu kejayaan yang sangat bersejarah dan membanggakan peminat-peminat permainan FIFA di Malaysia amnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: