Badminton Semasa

Pearly-Thinaah juara Terbuka Switzerland


Pearly Tan dan M Thinaah muncul juara acara beregu Terbuka Switzerland

PEARLY Tan dan M Thinaah cetus sensasi dalam arena badminton negara apabila muncul juara Terbuka Switzerland acara beregu wanita.

Pada aksi final, beregu negara itu menumbangkan wakil Bulgaria Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-19, 21-12.

Pada aksi final, Pearly-Thinaah melangkah dengan positif untuk menguasai permainan set pertama sebelum menoktahkan aksi dengan 21-19.

Hasrat lawan yang kini menghuni ranking ke 14 dunia tidak kesampaian apabila Pearly-Thinaah terus gah memastikan kemenangan bergaya 21-12.

Kemenangan itu adalah kejayaan pertama negara di pertandingan bertaraf Jelajah Dunia BWF.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: