
TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengetuai kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan tahniah kepada Joan Laporta yang dipilih sebagai Presiden Barcelona FC.
“Saya dan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim ingin mengucapkan tahniah kepada Joan Laporta yang dipilih sebagai Presiden Barcelona FC dalam pilihanraya presiden kelab,” katanya menerusi muat naik di laman Facebook JOHOR Southern Tigers.
Sebelum ini, ramai sudah mengetahui yang hubungan Tunku Ismail dan Laporta agak rapat malah pernah beberapa kali bertemu.

Selain itu, Laporta juga menjadi individu pertama yang disenaraikan sebagai “Ahli Kehormat Seumur Hidup” Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim.
Add Comment