
Oleh Mohd Fahmi Ismail
PRESIDEN Kelab Penyokong Puaka Jerai (PJFC), Zulkifli Hashim mahu Kedah Darul Aman (KDA) FC menggunakan peluang bermain di tempat sendiri bagi mengutip mata penuh.
Perlawanan kedua menentang Sabah FC di Stadium Darul Aman malam esok menjadi medan penting mengembalikan semula moral pemain selepas tewas kepada Johor Darul Ta’zim pada aksi Piala Sumbangsih.
“Saya harapkan KDA FC mengunakan peluang bermain dilaman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh sekaligus memperbaiki kedudukan ditangga liga dan harus diingat juga tidak boleh pandang rendah pasukan Sabah FC kerana mereka juga mempunyai misi di Darul Aman.
“Saya yakin jurulatih (Aidil Sharin Sahak) mempunyai ramuan tersendiri untuk memastikan KDA FC tidak lagi tercicir mata,” katanya kepada CAKAPSUKAN.
Puaka Jerai juga menyeru penyokong Hijau Kuning meneruskan menyokong pasukan KDA FC bagi musim ini dengan mendapatkan jersi yang original di pasaran.
Musim ini, KDA FC terdiri daripada adunan pemain import serta tempatan yang baru.
Add Comment