Komuniti Pelbagai

Syabas Pusat Sukan UiTM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hasnida (kiri) dan Hafizal (kanan) antara Alumni UiTM yang menempa nama dalam bidang penyiaran sukan

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

SEJAK sekian lama, sejarah sudah membuktikan yang institut pengajian tinggi tidak hanya melahirkan pakar akademik sebaliknya sudah dikenali sebagai hub atlet.

Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang aktif dan berperanan besar dalam melahirkan atlet sudah pastilah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Peranan yang dimainkan oleh Pusat Sukan UiTM yang memasuki usia 50 tahun pada tahun ini jelas menyumbang sumbangan besar buat arena sukan negara dan ada diantara atlet dilahirkan sudah bertaraf antarabangsa.

Malah usaha dan kerja keras yang dijalankan Pusat Sukan UiTM juga menyaksikan pusat pengajian itu berjaya menjulang pasukan bola sepak, UiTM FC beraksi di pentas tertinggi dalam saingan Liga Super.

Bagaimana pun, dalam tidak sedar Pusat Sukan UiTM sebenarnya sudah melahirkan ramai figura penting dalam industri sukan dan tidak hanya terhad kepada atlet semata-mata.

Antara individu yang lahir daripada kerja keras Pusat Sukan UiTM dan kini aktif dalam industri sukan adalah personaliti TV3, Hasnida Hanim Ahmad Kamil serta pengulas sukan Astro Arena, Hafizal Hamad.

Hafizal mempamerkan cenderahati UiTM FC

Walaupun tidak menyumbang sebagai atlet tetapi Hasnida merasakan sumbangan Pusat Sukan UiTM cukup besar dalam melahirkan individu berkepentingan dalam industri ini.

“Bukan saja atlet tetapi juga UiTM juga melahirkan ramai individu berkaitan sukan sepertinya dalam pentadbiran dan sebagainya. Misalnya saya sendiri, saya terbabit dalam industri sukan menerusi bidang penyiaran.

“Jadi memang rasa bangga dapat jadi salah seorang alumni Sains Sukan. Untuk atlet sebenarnya UiTM banyak memberikan sokongan dan kelonggaran bagi memastikan kesinambungan antara sukan dan pelajaran.

“Ia satu kebanggaan dan saya harap ia dapat diteruskan kepada generasi selepas ini,” katanya.

Sambutan 50 tahun Pusat Sukan UiTM turut dirasai Hafizal yang menyifatkan ia kejayaan dan memberi erti bermakna kepada seluruh warga serta alumni UiTM termasuk dirinya.

Hafizal yang juga hos Bola @ Mamak pernah bergelar pelajar di institusi itu pada 1997 hingga 2004.

Hafizal yang lebih dikenali sebagai Gaban dikalangan rakan media akui Pusat Sukan memberi kesan besar buat dirinya

“Paling ketara kita tengok dalam pentas bola sepak Liga Msia, 75 peratus khususnya fisioterapi adalah dari Fakulti Sains Sukan & Rekreasi.

“50 tahun Pusat Sukan dan peranannya cukup besar ertinya. Daripada situ lahirnya nama-nama besar yang pernah atau sedang wakili negara di pentas antarabangsa,” kata bapa kepada empat cahaya mata itu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: