Bola Sepak Semasa Terkini

TFC II enggan terbuai kemenangan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketua pasukan TFCII, Jordan Mintah diberikan asakan pemain lawan dalam usaha mengawal bola.

Oleh : Mohd Fahmi Ismail

TERENGGANU FC II (TFC) enggan terbuai-buai dengan kemenangan pertama Liga Premier sebaliknya tekad fokus perlawanan demi perlawanan musim ini.

“Syukur Alhamdulillah walaupun kami menang jaringan selesa. Saya ingatkan pemain, ini baru perlawanan pertama.

“Satu perlawanan baik dan Projek FAM-MSN juga bagi tentangan sengit. Kita berharap perlawanan seterusnya para pemain bermain dengan penuh prestasi dan menunjukkan komitmen seperti malam ini,” katanya jurulatihnya, Badrul Afzan Razali.

Sementara itu, Badrul juga memuji persembahan awang importnya, Dechi Marcel N’Guessan dan Mintah Jordan.

“Marcel tiada masalah walaupun dua hari bermain semasa latihan dan ia petanda positif, bagus untuknya.

“Cuma kita perlukan sentuhan penyudah depan gol. Jordan tak berapa tajam depan gol malam tadi. Saya tak pasti dia ada masalah kecederaan atau tidak. Harap permainan akan datang kembali dapat sentuhan,” jelasnya.

Terengganu FC II akan melayan kunjungan Kuching City FC pada 10 Mac ini.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: