Bola Sepak Semasa Terkini

Misi seterusnya – BAWA PENYOKONG KE STADIUM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyokong sentiasa main peranan penting kepada pasukan

Oleh Mohd Fariq

SINAR untuk melihat semula kehadiran penyokong ke stadium makin terserlah dan kini dijangka hanya menunggu detik sesuai untuk diluluskan oleh pihak kerajaan.

Ketika saingan Liga Malaysia (Liga M) sudah dibenarkan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pasti sibuk untuk merencana strategi terbaik bagi memperjuangkan hak penyokong turut serta dalam industri ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi laman Facebook miliknya turut menjelaskan yang beliau memahami perasaan rindu peminat tempatan terhadap sukan nombor satu negara itu.

“KBS juga sedang berusaha untuk membolehkan pemain ke-12 dapat kita bawa masuk ke stadium secara berperingkat. Antaranya untuk permulaan ini, sekurang-kurangnya 10 peratus kapasiti atau 4,000 orang, mana yang paling rendah.

“Saya yakin usaha ini akan mendapat pertimbangan kerajaan. Kita rindu sorakan pembakar semangat mereka setiap kali perlawanan diadakan. Betul tak?,” katanya.

Kehadiran penyokong menambah semangat buat pemain

Sebelum ini juga, Reezal pada Majlis Pelancaran Liga M 2021 sebelum ini menjelaskan yang dua bulan ini bakal jadi tempoh penting untuk merealisasikan impian penyokong kembali ke stadium.

Malah, selepas itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menzahirkan sokongan pihak kerajaan untuk mempertimbangkan bagi membenarkan kehadiran penyokong ke stadium.

Perdana Menteri menjelaskan, jumlah yang bakal dibenarkan adalah berskala kecil dan secara berperingkat mengikut keadaan semasa jumlah kes Covid-19.

Jika dihitung kepada jumlah hari, sudah setahun peminat bola sepak neagra berpisah dengan stadium ketika kali terakhir stadium digamatkan dengan sorakan penyokong adalah pada awal tahun lepas.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: