Bola Sepak Terkini

Kekalahan matangkan pemain Projek FAM-MSN


Ketua pasukan Projek MSN, Muhamad Afiq Fitri (kanan) mengawasi pergerakan pemain lawan.

Oleh : Mohd Fahmi Ismail

KESILAPAN individu punca kekalahan buat skuad Projek FAM-MSN yang beraksi di Liga Perdana musim ini.

Semalam, anak buah Yusri Che Lah terpaksa menelan hakikat tewas 0-4 kepada Terengganu FC II di Kuala Terengganu termasuk dua situasi bola mati.

“Keputusan malam ini saya terima dan perlawanan pertama dalam mana-mana pertandingan memang sukar.

“Secara objektif, 50 peratus kita dapat terapkan dan ia beri pengalaman berguna pemain apatah kami baru bersama satu bulan dan beraksi liga yang cukup tinggi.

“Apa yang saya nampak, mereka tunjukkan sehabis baik sepanjang 90 minit,” ujarnya selepas perlawanan.

Yusri berharap pemain dapat belajar dan kenalpasti setiap kelemahan bagi digunakan perlawanan seterusnya.

Skuad Projek FAM-MSN kali ini dianggotai 19 pemain yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada 30 yang didaftarkan.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: