Bola Sepak Semasa

FAM nilai dari dua aspek

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan menilai daripada dua sudut berhubung insiden pengadil ditolak pemain Kelantan FC ketika aksi Liga Premier bertemu Perak II di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, petang semalam.

Bagaimanapun, sebaran konklusi berkaitan kejadian membabitkan penyerang Kelantan FC, Jack Hindle dan pengadil, Mohd Amirul Aizat Mohd Lodin hanya boleh dibuat selepas menilai laporan penuh.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya juga akan membuat penelitian lanjut daripada rakaman video perlawanan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam

“Bagi aspek pertama, FAM akan meneliti terlebih dahulu persembahan dan prestasi pengadil sepanjang perlawanan tersebut manakala aspek kedua pula berkaitan reaksi pemain tersebut yang telah menolak pengadil.

“Jadi kedua-dua aspek inilah yang akan kita nilai nanti selepas menerima laporan daripada penilai pengadil dan pengadil tersebut dan berdasarkan perincian laporan, ia boleh dibawa ke Jawatankuasa Pengadil dan Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tindakan selanjutnya jika perlu.

“Selepas itu, barulah FAM akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung insiden ini,” kata Stuart.

Perlawanan itu berkesudahan Perak II menang 1-0.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: