Bola Sepak Semasa Terkini

Selangor FC raih keyakinan aksi seterusnya


Buff (kanan) meledak dua gol membantu kemenangan pasukan mengatasi Sri Pahang FC, 3-1 malam tadi.

Oleh : Subkhi Sudarji

KETUA Jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel nyata gembira dengan prestasi dipamerkan anak didiknya ketika membenam Sri Pahang FC, 3-1 pada aksi pertama di laman sendiri dalam saingan Liga Super 2021 malam tadi.

Melalui tiga perlawanan persahabatan dalam tempoh 18 hari sebelum ini Selangor FC hanya meledak satu gol padang serta satu melalui “set-piece.” namun tiga gol yang terhasil pada perlawanan sebenar memberikan keyakinannya untuk aksi seterusnya.

“Kami ada 3 perlawanan pra musim dalam tempoh 18 hari dan hanya sekali berjaya menjaringkan 1 gol padang dan 1 lagi melalui set-piece.”

“Kita juga cuba bermain dengan less contact dan less touches dibahagian depan, dan pemain telah memberikan aksi terbaik serta layak untuk pulang dengan 3 mata,” katanya.

Mengulas aksi malam tadi, Neitzel mengakui tidak mudah berdepan Sri Pahang FC namun Oliver Buff  (Oli) beraksi dengan baik dan semua pemain beraksi secara berpasukan

“Ya, Oliver Buff menjaringkan 2 gol, tetapi pemain-pemain lain juga melaksanakan tugas dengan baik, itu yang lebih utama. Semangat berpasukan semua 20 pemain kami hari ini sangat bagus dan ini amat penting untuk masa depan kami.

“Pastinya pemain-pemain memerlukan masa untuk mempamerkan aksi berbeza, mungkin hari ini adalah Oli namun jangan lupa dengan Ifedayo. Dia memegang anugerah kasut emas sebelum ini.”

“Kebiasaannya dia (Ifedayo) melakukan secara berseorangan tetapi hari ini dia bergandingan dengan Alif Haikal. Ini adalah satu petanda yang amat baik dan saya sangat gembira serta yakin untuk perlawanan seterusnya,” tegasnya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Dua gol dari Buff pada minit ke 45 dan 95 serta Shahrel Fikri (m54) memastikan tiga mata mutlak buat tuan rumah manakala gol saguhati pelawat dijaringkan Nor Azam Azih melalui sepakan percuma pada minit ke 69.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: