Bola Sepak Semasa Terkini

Tewas angkara kelekaan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

PENGENDALI UiTM FC, Frank Bernhardt akui yang kelekaan menjadi punca kepada kekalahan 2-1 di tangan Terengganu Fc (TFC) di Stadium UiTM Shah Alam, semalam.

Malah Bernhardt turut akur yang anak buahnya belum cergas sepenuhnya dan ia jadi pengajaran terbaik sebelum aksi dengan Kuala Lumpur City FC, Rabu ini.

“Ini adalah kesilapan kita sendiri. Kami hilang fokus malah pemain juga belum benar-benar cergas.

“Kini saya perlu membuat penilaian semula untuk memastikan siapa yang cergas untuk bermain pada aksi seterusnya,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

UiTM FC bermula cemerlang apabila Mohd Fauzi Abdul Latif membuka jaringan pada minit ke-33 namun TFC memperoleh dua gol dalam tempoh 10 minit bermula dengan David Da Silva pada minit ke-77 sebelum pemain gantian Mohamad Hakimi Abdullah meledak gol kemenangan TFC pada minit ke-87.

Dalam masa sama, Bernhardt menuntut penyerang importnya, Abou Bakr Al-Mel supaya tampil lebih baik pada aksi seterusnya.

“Pada perlawanan ujian sebelum ini, saya lihat dia bermain dengan apa yang sepatutnya dia bermain. Tetapi malam ini (semalam) ia agak berbeza dan jauh daripada sepatutnya,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: