Bola Sepak Semasa Terkini

Tomas Trucha teruja sidang media Liga Super


Oleh : Mohd Fahmi Ismail

SAYA gembira lihat PC ini (sidang media) sebab di negara kami dilakukan secara online.

Itu kata jurulatih Penang FC, Tomas Trucha yang kemudian disambut gelak tawa sebelum ditemuramah pihak media di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Mengulas perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC, Trucha gembira persembahan anak buahnya dan banyak mencipta peluang menjaringkan gol.

Jaringan tunggal David Rowley minit ke-29 memastikan tiga mata diraih Penang FC dalam aksi pertama Liga Super.

“Apa yang kami tunjukkan kawalan bola, cipta peluang pada babak pertama cukup baik. KL begitu agresif dan cukup mengasak kami,” katanya.

Penang FC akan berdepan cabaran getir berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim berdepan juara Piala Sumbangsih, Johor Darul Ta’zim malam Selasa ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: