Lain-Lain Terkini Uncategorized

Bekas pemain ragbi kebangsaan meninggal dunia


BEKAS pemain ragbi kebangsaan, Allahyarham Prof Madya Dr. Mazlan Ismail telah menghembuskan nafas terakhirnya lewat malam tadi.

Berita ini dibuat menerusi ciapan di akaun Twitter Kesatuan Ragbi Malaysia sebentar tadi.

“Kesatuan Ragbi Malaysia ingin merakamkan salam penuh takziah atas pemergian Allahyarham Dr. Mazlan,” ciap akaun Twitter berkenaan.

Allahyarham pernah mewakili negara pada Sukan Asia 2002 dan Sukan Komanwel 2002. Dia juga bekas pemain Cobra dan UiTM Lions.

Sebagai tambahan kepada tugasnya dengan UiTM, Mazlan juga pernah berkhidmat psikologi sukan dengan Akademi Jurulatih Nasional, Akademi Golf Nasional, UiTM FC, pasukan futsal Malaysia dan Akademi Bola Sepak Felda United.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: