Bola Sepak Semasa Terkini

Tanpa empat pemain import, Sabah FC raih mata berharga


Hamran Peter meledak gol buat Sabah FC pada penghujung babak pertama. (Foto : Sabah FC)

Oleh : Subkhi Sudarji

TURUN hanya dengan seorang pemain import, Sabah FC memastikan ia bukan halangan untuk mereka meraih sekurang-kurangnya satu mata berharga pada aksi pertama menentang Melaka United FC, di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Mendahului tuan rumah hasil rembatan kencang Hamran Peter yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada hujung babak pertama sebelum pemain sayap kanan, S Kumaahran menyamakan kedudukan pada minit ke-63 mewarnai perlawanan dalam keadaaan padang yang agak kurang memuaskan.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, barisan pemain tempatan berjaya menggalas tugas walaupun tanpa empat pemain import yang masih menjalani kuarantin.

“Pemain mengikuti segala arahan yang diberikan, satu mata yang cukup positif buat pasukan, beraksi di tempat lawan pada aksi pertama dan tanpa empat pemain import.

“Pemain import masih menjalani tempoh kuarantin,” jelasnya.

Pada perlawanan tersebut Sabah FC hanya menurunkan Park Tae-soo yang beraksi selaku pertahanan manakala empat lagi pemain import Saddil Ramdani (Indonesia), Sam Johnson (Liberia), Risto Mitrevski (Macedonia) dan Levy Madinda (Gabon) masih menjalani tempoh kuarantin.

Selepas ini  Sabah FC dijadualkan bertandang ke Alor Setar menentang KDA FC ,  Selasa ini.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: