
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
SEMANGAT tidak putus asa membuahkan hasil buat Terengganu FC (TFC) apabila bangkit menewaskan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam, sebentar tadi.
Minit ke-29, penyerang import TFC, David Da Silva gagal menyempurnakan sepakan penalti dan selang empat minit selepas itu, kekecewaan pelawat berterusan apabila UiTM FC berjaya memperoleh gol pembukaan menerusi Mohd Fauzi Abdul Latif.
Di babak kedua, tidak banyak perubahan ketara dipamerkan kedua-dua pasukan namun TFC dilihat mempersiakan beberapa peluang terbaik.
Bagaimanapun, TFC pamer bisa apabila meledak gol dalam tempoh 10 minit menerusi Da Silva (m-77) dan pemain gantian, Mohamad Hakimi Abdullah pada minit ke-87.
Add Comment