Bola Sepak Semasa

Warna warni Liga M kini bermula

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pembuka tirai Liga M

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

MALAM ini segala penantian lama terhadap Liga Malaysia (Liga M) akan terlerai dengan menjadi kelaziman perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah sebagai pembuka tirai.

Untuk perlawanan ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT cuba mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah

Selain keterujaan kembalinya Liga M daripada ‘berpantang’ ekoran pandemik Covid-19, musim 2021 turut menyajikan sesuatu yang menarik.

Bukan saja untuk melihat perjalanan liga dalam norma baru tetapi 2021 bakal menjadi debut kepada perubahan status pasukan kepada FC daripada FA.

Secara umum, JDT sudah berada di tahap lain tetapi daripada persiapan yang dilakukan setiap pasukan, cukup ketara kesungguhan pasukan bertanding untuk cuba merampas kejuaraan Liga Super daripada Harimau Selatan.

Menarik untuk menyaksikan Selangor FC, Terengganu FC (TFC), Penang FC dan Kuala Lumpur City FC.

Red Giants dibawah Karsten Neitzel diwar-warkan akan membawa ideologi bola sepak Jerman dan adakah ia berhasil atau sebaliknya pasti menjadi tanda tanya utama buat peminatnya.

Kemampun Nafuzi Zain selaku jurulatih tempatan termuda juga menarik untuk diperkatakan sejauh mana kemampuannya memacu TFC.

Nafuzi Zain

Pendatang baru Liga Super, Penang FC dan Kuala Lumpur City FC cukup galak dalam memantapkan pasukan dan untuk berlaku adil tumpuan juga wajar diberikan kepada kedua-duanya, sejauh mana impak yang bakal dijelmakan.

Untuk saingan Liga Premier, persaingan juga tidak kurang hebat walapun turut disertai beberapa pasukan berstatus ‘feeder club’.

Bagaimanapun saingan sengit dijangka tetap akan disajikan oleh kesemua pasukan bertanding.

Skuad Projek FAM-MSN, Kelantan FC, Negeri Sembilan FC, Kuching City FC, PDRM FC dan Kelantan United dijangka akan jadi tumpuan.

Segala andaian dan perkiraan atas kertas kini sudah lengkap, kini tiba giliran pasukan bertanding untuk merealisasikan segala impian.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: