Antarabangsa Bola Sepak

Barcelona ke final Copa Del Rey

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pique meraikan gol untuk membawa perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

BARCELONA melangkah ke final Copa Del Rey selepas meraih kemenangan fantastik 3-0 ke atas Sevilla pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Camp Nou, pagi tadi.

Blaugrana kini menanti pemenang antara Levante dan Athletic Bilbao dalam satu lagi peringkat separuh akhir.

Ousmane Dembele berjaya membawa tuan rumah di depan, tetapi Los Nervionenses hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Namun, tendangan Lucas Ocampos yang lemah mudah ditangkap Marc-Andre ter Stegen dengan mudah.

Barca mengheret permainan dilanjutkan ke masa tambahan setelah Gerard Pique menjaringkan gol pada serangan terakhir yang membuahkan hasil.

Akhirnya, anak asuhan Ronald Koeman keluar sebagai pemenang apabila tandukan Martin Braithwaite di masa tambahan kekal hingga tiupan wisel penamat.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: