Bola Sepak Semasa Terkini

Isu penarikan diri mematangkan Perak FC II


 

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

PERJALANAN pra musim Perak FC II tidak selancar seperti pasukan lain apabila dihimpit dengan perkhabaran penarikkan diri daripada menyertai Liga Premier 2021.

Sedikit sebanyak berita itu pasti mengusik minda pemain dan sentiasa jadi perkara utama yang berlegar di fikiran.

Namun kini segalanya berubah apabila Perak FC II kekal dalam saingan namun pengendali pasukan, Syamsul Mohd Saad pasti akan jadi individu paling sibuk menyiapkan segala gerak kerja.

MISI ‘BALAS DENDAM’

Pemain sudah pasti muncul sebagai pihak yang paling terkesan dengan berita penarikkan diri.

Adakah pemain muda tidak layak, adakah kami tidak ada kualiti dan pelbagai lagi persoalan pasti akan bermain di fikiran pemain.

Tetapi disebalik berita gembira Perak FC II beraksi, ia menjadi peluang terbaik buat pemain buka mata, membuktikan mereka juga mampu bersaing di pentas tertinggi.

Motivasi itu wajar dibawa dalam setiap diri pemain untuk menyerlahkan yang hasrat menarik diri daripada Liga Premier adalah keputusan salah.

Izzuddin (kanan) antara pemain Perak FC II yang perlu diberi perhatian

MAGIS SYAMSUL

Penampilan 2021 bakal menyaksikan Perak FC II menggunakan 100 peratus pemain tempatan yang terdiri daripada produk Piala Presiden Perak.

Walaupun tugasan yang sedang dipikul Syamsul agak mencabar, jurulatih itu lihat daripada aspek positif dan menegaskan seluruh pasukan kini tidak sabar untuk turun beraksi.

Ketika ini, pendekatan yang diambil Syamsul pasti menjadi tumpuan, sejauh mana cara diadaptasi untuk ‘beli jiwa’ pemain selepas dihimpit perasaan suram ekoran berita penarikkan diri.

Sudah pasti, Syamsul mengharapkan pengorbanan besar daripada pemain dan mahu mereka belajar sesuatu yang baru untuk cuba tampil lebih baik.

PEMAIN TUMPUAN

  • Syahir Bashah (tengah)
  • Izzuddin Roslan (tengah)

PENCAPAIAN MUSIM LALU

Ke 12 Liga Premier


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: