Lain-Lain Semasa Terkini

Kelantan Warriors gagal ke separuh akhir


Suhairi Nordin

 

Oleh Farizal Yusoff

SEPERTI diduga, Kelantan Warriors kalah straight set kepada ATM Guardians sekaligus tertutup peluang ke separuh akhir dalam saingan Piala Juara-Juara STL di Studio Iskandar Malaysia, Johor Bahru, malam tadi.

Bermula agak goyah di set pertama apabila ketinggalan 12-0, mereka bangkit mengejar mata sebelum kalah 21-11.

Kelantan Warriors yang turun tanpa khidmat apit kiri kebangsaan, Aidil Aiman Azrawi dan pelibas berpengalaman, Naim Izani Mohd Noor jelas gagal mengatasi asakan regu terkuat ATM yang diketuai Hazizi, Afifuddin dan Faizul apabila tumbang 8-21.

Ketua jurulatih Warriors, Suhairi Nordin, akur dengan kekalahan kedua pasukannya dan menyifatkan ‘lambat panas’ jadi punca mereka gagal beraksi cemerlang.

“Kami bermula agak perlahan dan ketinggalan jauh dalam set pertama. Biarpun cuba mengejar tetapi ATM begitu ‘menjadi’ malam tadi.

“Saya harap Yus Hanif (Rosli), Eqbal ( Samsudin) dan Hafizi (Maarof) belajar daripada kesilapan dan bangkit ketika menentang Negeri Sembilan Antlers dalam aksi terakhir,” ujarnya.

Kekalahan kedua ini menutup rapat peluang Kelantan sebaliknya menyalakan kembali hasrat ATM untuk ke separuh akhir dengan syarat menumbangkan Penang Black Panthers, esok.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: