Antarabangsa Bola Sepak

Liverpool sisihkan Henderson lima minggu


Henderson akan direhatkan hingga April depan.

KAPTEN Liverpool Jordan Henderson akan terlepas aksi sekurang-kurangnya lima minggu selepas dia menjalani operasi pada kecederaan pangkal paha yang dialaminya dalam derby Merseyside menentang Everton.

Pemain berusia 30 tahun itu mengalami kesakitan ketika The Reds kalah 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Anfield pada 20 Februari lalu.

Henderson kembali bermain di posisi bek tengah apabila kem Liverpool dihantui masalah kecederaan.

Pemain asal Inggeris itu kini menyertai bersama pemain-pemain seperti Virgil van Dijk dan Joe Gomez.

“Liverpool mengesahkan bahawa Jordan Henderson telah menjalani operasi pembedahan pada cedera yang dialaminya ketika derby Merseyside pada akhir minggu lalu lawan Everton,” kata kenyataan Liverpool di laman rasmi kelab.

Henderson akan terlepas aksi bertemu Sheffield United, Chelsea, Fulham, RB Leipzig, Wolves, Arsenal, Aston Villa.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: