Oleh : Mohd Fitrie Muhamad
SEIRING dengan motif penubuhannya, pendedahan terhadap pemain muda menjadi teras kepada penyertaan skuad Projek FAM-MSN di Liga Premier, musim ini.
Ketika ini peluang sudah terbuka buat pemain yang bakal bawa cabaran dan kini terserah kepada pemain untuk segera memanfaatkan peluang terhidang.
Bagaimanapun, tidak bermakna kehadiran pasukan ini bakal dijadikan sebagai ‘lubuk’ mata buat pasukan pencabar lain.
Selain cuba memberikan cabaran, keutamaan pastinya mencipta laluan kerjaya produk Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), dalam memudahkan mereka melakukan transisi ke pentas senior.

YUSRI PAKAR UBI MUDA
Yusri Che Lah dipilih sebagai Ketua Jurulatih dan jika melihat semula kepada resume jurulatih itu, ia dilihat nama paling tepat untuk membantu pemain muda
Contoh terbaik yang boleh dijadikan rujukan pastinya terarah kepada kemampuan Yusri mengekalkan skuad muda Kelantan dalam saingan Liga Premier, sedangkan ketika itu pasukan dihimpit dengan masalah tunggakan gaji.
Nyata ‘Faktor X’ yang ada dalam diri Yusri sekali lagi diharap untuk memacu skuad muda negara ini.
Bagaimanapun, Yusri sebelum ini pernah menyatakan yang dia menuntut komitmen daripada pemain kerana segala perancangan tidak akan membuahkan hasil jika ia gagal dilaksanakan dalam padang.
SEMANGAT ANAK MUDA
Yusri mendaftarkan 28 pemain di dalam skuad ini dan daripada jumlah itu, hanya enam sahaja yang pernah beraksi di pertandingan peringkat bawah 19 tahun.
Situasi itu juga menuntut kerja keras Yusri untuk segera membentuk pasukan terbaik dan mematangkan pemain di pentas tertinggi.
Daripada segi pengalaman mungkin pasukan ini sedikit ketinggalan namun dinilai pada semangat berkobar-kobar ‘anak muda’ dan kudrat yang dimiliki, tidak mustahil pasukan ini mampu cipta kejutan.
PEMAIN TUMPUAN
* Azhad Arraz Arman (penyerang)
PENCAPAIAN MUSIM LALU
Add Comment