Antarabangsa Bola Sepak

Zidane akui serangan EL Madrid tumpul !

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zinedine Zidane

BARISAN penyerang Real Madrid dilihat gagal membolosi gawang Atalanta pada aksi Pusingan 16 Liga Juara-Juara, pagi tadi.

Ia diakui Zinedine Zidane yang terpaksa mengubah formasi 4-3-3, dengan menurunkan Vinicius, Isco dan Marco Asensio di bahagian serangannya.

Namun, Real Madrid tetap berdepan kesukaran menembusi pertahanan Atalanta walaupun bermain kurang satu pemain.

El Real mengubah penyerang dengan menggantikan mereka dengan Mariano Diaz, Sergio Arribas dan Hugo Duro di babak kedua.

Ketiga-tiga pemain tersebut juga gagal menyumbat gol sehinggalah di minit ke-86, kebuntuan jaringan dipecahkan. Itupun disumbangkan pemain pertahanan mereka, Ferland Mendy.

“Mereka kuat secara fizikal dan mereka bermain bertahan dengan sangat hebat. Ini hasil yang bagus untuk kami dan itu adalah yang mustahak.

“Kami kuatkan pertahanan, tidak memberikan sebarang peluang dan kami mampu mendapatkan gol tempat lawan,” kata Zidane, dipetik dari laman rasmi UEFA.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: