Bola Sepak Semasa Terkini

PFAM sokong usaha bekas pemain Kuantan FA dan Marcerra United

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

PERSATUAN Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menyokong penuh usaha digerakkan bekas pemain pasukan Kuantan FA dan Marcerra United yang berhasrat mengheret bekas majikannya berhubung tunggakan gaji yang berlarutan hampir tiga tahun ke Mahkamah seandainya tiada jalan penyelesaian yang diberikan dalam tempoh 14 hari.

Pegawai Eksekutif Perundangan PFAM, Azzairi Rosle berkata, jika diikutkan tanggungjawab PFAM sebelum ini sudah selesai dimana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengarahkan Kuantan FA dan Marcerra United membayar tunggakan gaji pada 2018.

“Kita sambut baik usaha ini dan sedia memberikan kerjasama penuh mengenai maklumat-maklumat yang diberikan.  Apa yang penting pemain tahu mereka mempunyai hak dan saluran seterusnya selepas keputusan sebelum ini tidak mendapat maklum balas positif  dari  Kuantan FA dan Marcerra United.

“Jika usaha ini berjaya dan kesemua pemain mendapat hak masing-masing ia merupakan penanda aras yang perkembangan positif khususnya kepada pemain-pemain bola sepak profesional,” jelasnya.

Semalam wakil pemain Kuantan FA dan Marcerra United membuat sidang media menuntuk bekas majikannya itu menjelaskan tunggakan hutang sebagaimana diputuskan FAM sejak 2018.

Mereka memberikan tempoh masa 14 hari buat bekas majikannya itu tampil berbincang sebelum mengambil keputusan mengheret kes ke mahkamah untuk proses selanjutnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: