Bola Sepak Semasa Terkini

Liga Super 2022 sasaran Sarawak United FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Elavarasan antara jurulatih yang memiliki potensi dan kepimpinan membimbing pasukan.

 

Oleh : Subkhi Sudarji

NORSHAHRUL  Idlan Talaha, Sandro da Silva, Taylor Regan dan Christie Jayaseelan antara beberapa nama besar dalam saingan Liga Malaysia kini membarisi skuad Sarawak United FC.

Ditambah pula dengan adunan pengendali baharu, E Elavarasan yang sememangnya terbukti membimbing pasukan serta kehadiran bekas jurulatih Selangor, B Sathiananthan selaku Pengarah Teknikal Sarawak United FC, nyata pasukan dari Bumi Kenyalang ini menampakkan kesungguhan yang begitu tinggi bagi memburu semula slot ke Liga Super pada musim 2022.

Namun, cabaran utama buat Elavarasan buat masa ini ialah membentuk keserasian sesama pemain dan memastikan semuanya bersedia sebaik sepak mula Liga Premier pada 6 Mac ini.

Mat Yo kini menjadi taruhan Sarawak United FC merobek gawang lawan.

TETAP YAKIN KEMAMPUAN PEMAIN TEMPATAN

Elavarasan turut menjelaskan beliau masih yakin dengan kemampuan penyerang berpengalaman, Norshahrul yang dianggap masih antara penggempur tempatan terbaik di kancah Liga Malaysia.

Jika Norshahrul mampu berada di kemuncak prestasi, Elavarasan berasakan pemain yang beraksi dengan kelab Thailand, BG Pathum United pada musim lalu itu mampu jadi penyumbang utama jaringan buat Sarawak United.

“Melihatkan dirinya, saya rasa dia masih ada lagi kemampuan untuk menjadi seorang pemain yang kita semua kenali dahulu dan Norshahrul akan jadi aset penting buat pasukan.

“Semua pemain perlu bersama membantunya selain mengharapkan dia juga kembali mendapat keyakinan, jika semuanya positif, saya rasa tidak ada masalah Norshahrul akan banyak berikan impak buat Sarawak United,” katanya.

Stadium MP Selayang kini menjadi venue tuan rumah bagi Sarawak United FC.

 

AKSI LEMBAH KLANG

Sarawak United FC yang kini menjadikan Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sebagai venue tuan rumah juga diperkuatkan dengan kehadiran pemain baharu antaranya Lee Chang-hoon, Tommy Mawat Bada, Amer Saidin, K. Reuben, Khair Jones dan Gopi Rizqi.

Jika dilihat kepada perancangan dan aura jurulatih serta pemain Sarawak United FC menjadi antara pasukan yang paling menarik perhatian Liga Premier musim ini .

Sarawak United FC akan membuka tirai saingan Liga Premier dengan berdepan Kelantan United FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 6 Mac ini.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: