Bola Sepak Terkini

Tiada laluan mudah barisi kesebelasan utama


Kesebelasan utama PFC ketika menentang Negeri Sembilan FC, baru-baru ini.

KETUA jurulatih Penang FC (PFC) Tomas Trucha mahu semua pemainnya memegang peranan penting di setiap bahagian dan perlu mencuri perhatian untuk merebut peluang berada dalam kesebelasan utama musim ini.

Jelasnya, setiap pemain memang penting untuk pasukan  dan tiada seorang pun akan mendapat laluan mudah dalam kesebelasan utama tanpa membuktikan kemampuan mereka.

“Pemain perlu rebut peluang sebaiknya untuk saya nilai siapakah antara mereka yang mampu galas tugas dalam skuad utama.

“Macam mana pun, mereka kena bersedia dengan tempoh masa yang kita ada ini dan fasa untuk mengenali antara satu sama lain ketika ini berjalan dengan baik untuk kita semua,” jelasnya.

Beberapa pemain tempatan yang dibawa masuk jurulatih kelahiran Republik Czech ini ialah pemain muda dari Kelantan, Danial Ashraf Abdullah,Quentin Cheng (Selangor 2), Azwan Aripin (Kelantan), Khairul Asyraf Ramli (Kelantan), Fadhil Idris (Felda United FC), C. Suwarna Raj (Perak II), D. Saarvindran (Terengganu FC), Shafiq Afifi Suhaimi (Perak II), penjaga gol, See Tian Keat (PDRM) selain Jafri Firdaus Chew dan David Rowley (Kedah).

Pada aksi persahabatan sebelum ini Penang FC meraih kemenangan 3-1 ke atas Kedah Darul Aman FC namun kecundang 1-2 ditangan NSFC.

Penang FC akan menerima kunjungan Kuala Lumpur United FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang dalam aksi Liga Super pada 6 Mac depan.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: