Bola Sepak Terkini

FANDI AHMAD : “MEMANG TERASA AURA YANG BERBEZA KALAU LOCAL DERBY ANTARA KL DAN SELANGOR.”


 

Fandi bersama “golden boot” yang di menangi bersama Pasukan Kuala Lumpur tahun 1988.

 

Oleh : Mohd Fariq

Fandi Ahmad.

Satu nama yang sentiasa di bibir peminat bolasepak Malaysia dari era lewat 70-an sehingga sekarang.

Bintang kelahiran Singapura ini amat-amat disenangi lawan dan juga kawan.

Kelincahan dan kebijaksanan beliau di atas padang sebagai penyerang berbisa tiada tolak bandingan nya.

Fandi  yang sekarang memegang jawatan Ketua Unit Pembangunan Belia Persatuan Bolasepak Singapura, juga tidak akan pernah lupa “pengalaman” bermain di dalam “Local Derby” di antara Kuala Lumpur dan Selangor di stadium keramat, Stadium Merdeka semasa Fandi menyarung jersi Kuala Lumpur dari tahun 1986 hingga pertengahan 1990 dalam kancah Liga dan juga Piala Malaysia.

Fandi adalah ‘pemusnah’ Selangor ketika itu.

Tanggal 2 Mac 1986, tahun pertama Fandi, ketika itu berumur 24 tahun, berhijrah sebagai pemain import Kuala Lumpur, dari Singapura, jaringan sulung beliau pada minit ke 14, dalam Piala Liga, memberi kemenangan 1-0 kepada Kuala Lumpur.

Tahun itu juga Kuala Lumpur telah menjuarai Piala Liga dan Selangor meneruskan kecemerlangan dengan menjuarai Piala Malaysia.

“Tidak pernah saya lupa saat saat manis semasa pertemuan dengan Selangor. Sememangnya perlawanan Kuala Lumpur / Selangor sentiasa menjadi perhatian peminat ketika itu.

“Amat panas “local derby” ini. Memang terasa aura yang berbeza kepada dua dua pasukan,” kata Fandi kepada CAKAPSUKAN.

Fandi sekali lagi menjadi pemusnah Selangor pada 15  Ogos 1987 apabila menjaringkan dua gol pada minit ke 43 dan 61, di dalam Piala Liga di Stadium Merdeka.

Jersi Retro 1987-1988 yang dipakai Fandi dengan menggunakan nombor 17.

 

Sebelum itu, di dalam perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Jun 1986, Selangor menewaskan Kuala Lumpur, 1-0 hasil jaringan Zainal Abidin Hassan pada min ke 42.

Pada tahun sama, Kuala Lumpur berjaya menjadi Juara Piala Malaysia.

“Paling saya suka saat menjaringkan gol melalui tandukan hasil sepakan sudut dari Ramlan Askolani pada tahun 1988.

“Saya melompat tinggi mengatasi pertahanan Selangor  ketika itu, A. Jayakanthan untuk menanduk masuk gol pertama.

“Ramai mungkin tidak tahu apa rasa “local derby” ini. Mungkin pemain pada zaman 20-an tidak merasai dan saya rasa idea untuk kembalikan kehangantan local derby ini amat baik sekali,” kata Fandi.

Dalam perlawaan Liga itu, Kuala Lumpur menewaskan Selangor 2-0, hasil kedua dua jaringan melalui Fandi.

Pada tahun yang sama, semasa Piala Malaysia separuh akhir, Fandi sekali lagi menjadi pemusnah apabila menjaringkan dua gol di dalam kemenangan 5-4 secara agregat dan seterusnya menbantu Kuala Lumpur menjuarai Piala Malaysia apabila menewaskan Kedah di Final Piala Malaysia.

“Stadium Merdeka amat bermakna,  tersemat di hati apatah lagi mengimbau saat saat manis bersama pasukan Kuala Lumpur,” ujar Fandi.

Aksi “local derby”  Selangor dan Kuala Lumpur bakal disaksikan apabila kedua pasukan akan beraksi pada perlawanan persahabatan merebut Piala Prihatin Menteri Wilayah Persekutuan Sabtu ini di Stadium KLFA Cheras, 9 malam.

#PialaPrihatinMenteriWilayahPersekutuan


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: