Bola Sepak

‘Hadiah’ istimewa TMJ buat penyokong JDT

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jersi baharu JDT musim 2021 dilancarkan hari ini.

PENYOKONG Johor Darul Ta’zim (JDT) bertuah apabila harga jersi di tempat lawan pasukan itu dijual pada harga yang lebih rendah daripada asal.

Ia adalah ‘hadiah’ daripada pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang akan menanggung lebihan daripada harga jersi tersebut

Menerusi satu kenyataan di laman Johor Southern Tigers, jersi di tempat lawan dipilih sebagai hadiah istimewa kerana warna jersi itu melambangkan Stadium Sultan Ibrahim bersempena ulang tahun pertama stadium itu.

Harga sebenar jersi di tempat lawan versi pemain adalah RM429 tetapi akan dijual pada harga RM185.

Kedua-dua jersi terbabit iaitu jersi di tempat sendiri dan jersi di tempat lawan diperkenalkan semalam dan akan mula dijual di Kedai Dalam Talian JDT dan penjual rasmi bermula jam 11 pagi ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: