Antarabangsa Bola Sepak

City, Real Madrid lakar kemenangan di Pusingan 16


Jesus meraikan gol kedua Manchester City.

Real Madrid menang tipis 1-0 ke Atalanta pada aksi Pusingan 16 perlawanan pertama Liga Juara-Juara di Stadium Gewiss, sebentar tadi.

Real bermain tanpa tonggak utama akibat kecederaan dan memaksa Zinedine Zidane memanfaatkan skuad yang ada.

Bagaimanapun, jaringan penghujung babak kedua oleh Ferland Mendy memastikan juara Eropah 13 kali itu ada kelebihan bagi saingan timbal balik nanti.

Sementara itu, peneraju semasa Liga Perdana Inggeris, Manchester City turut meraih kemenangan mengalahkan Borussia Mönchengladbach 2-0 hasil jaringan Gabriel Jesus dan Bernando Silva.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: